Kabinet Dapur Mesra OKU/ Warga Emas

Ada di antara kita yang direzekikan Allah untuk merasa tinggal di rumah sendiri setelah pencen. Duit persaraan yang berpuluh tahun dikumpul digunakan untuk membina rumah.
Banyak faktor yang perlu diambilkira bila membina rumah di usia emas. Kita mahu rumah yang dibina selesa diduduki untuk jangkamasa yang lebih lama dan dalam apa jua kodisi.
Salah satunya ialah jika kaki sudah tidak kuat, tidak dapat berdiri dan perlu bantuan kerusi roda. Kita pula jenis berdikari, tidak suka menyusahkan orang lain. Berikut dikongsikan beberapa tips rekabentuk perabot yang memudahkan kehidupan golongan kurang upaya.

1. Rekabentuk capaian mudah begini sangat membantu mempercepatkan kerja. Di situlah sinki, dapur dan perkakasan memasak. Ketinggian meja kerja juga disesuaikan agar selesa untuk menyediakan makanan. Tidak perlu bergerak terlalu banyak.

Pandangan Atas

2. Biasanya pasangan muda gemar design kaunter bar atau kaunter pulau tinggi untuk disesuaikan dengan kerusi barstool. Ya, muda-muda rasa ‘happening’ sikit dapat duduk tinggi-tinggi sambil goyang kaki . Namun yang dapat diguna lama dalam apa jua kondisi adalah kaunter dengan ketinggian 30 inci (760mm).
Jika ada ruang yang luas, tuan/ puan boleh sediakan kaunter dengan dua ketinggian berbeza, tetapi jika ruang terhad, mungkin boleh dipilih kaunter yang rendah.


3. Untuk keselesaan penghuni OKU berdikari, pastikan ruang di bawah sinki tiada kabinet atau hanya kabinet nipis untuk melindungi paip sinki. Ruang ini membolehkan kerusi roda berada serapat mungkin dengan sinki.


4. Setelah memanaskan makanan, pengguna OKU boleh memanfaatkan meja tarik ini untuk meletak mangkuk panas sebelum mengubahnya ke meja makan. Boleh juga jika ingin terus menikmati hidangan di atas meja ini


5. Ruang storan adalah jenis mudah capai dengan ketinggian yang sesuai. Jika inginkan kabinet gantung, boleh dibina kabinet gantung yang rendah, atau yang dilengkapi aksesori yang dapat menarik turun barangan.





Comments

Popular Posts