Panduan Pemilihan Permukaan Kabinet Dapur, Kaunter & Kabinet Pulau

Pelbagai pilihan permukaan kabinet dapur terlambak dalam pasaran masakini, daripada pilihan bahan, kualiti dan tidak kurang penting, ia mesti sesuai dengan bajet anda. Antaranya ialah batu asli (natural stone) seperti batu granit, batu buatan (artificial stone) seperti solid surface dan batu campuran iaitu batu quartz.

Solid surface adalah batuan tiruan yang dicampur acrylic. Bentuknya boleh ditempa mengikut bentuk yang disukai termasuk bentuk bulat atau melengkung. Bagi saiz yang panjang atau besar, sambungan solid surface tidak dapat dilihat kerana bahagian tersebut boleh dipolish sehingga sambungan tidak kelihatan. Walau bagaimanapun hal ini bergantung kepada kehalusan buatan dan kualiti solid surface. Harganya berbeza mengikut kualiti iaitu antara RM135/ ftr hingga RM450/ftr. Bagi solid surface yang berkualiti, kotoran seperti warna serbuk kunyit hanya melekat tidak lebih dari tiga hari, insya-Allah.

Solid Surface

Batuan yang lebih berkilat daripada solid surface ialah batuan campuran Quartz. Batuan ini dibuat daripada batuan asli Quartz yang dicampur dengan acrylic. Walau bagaimanapun, sambungan pada permukaan quartz dapat dilihat

Quartz Stone





Bagi pengguna yang memilih warna hitam sebagai top, anda dinasihatkan menggunakan pilihan batu quartz kerana permukaannya berkilat dan lebih cantik berbanding solid surface yang nampak sebam bagi warna hitam.

Warna hitam solid surface sebam

Warna hitam quartz berkilat




Bandingkan kedua-duanya

Walau bagaimanapun sudah tentulah harga quartz lebih mahal berbanding solid surface, hampir RM50 bagi sekaki persegi. Berikut adalah pilihan warna quartz dan solid suface:

 
Pilihan warna quartz

Pilihan warna solid surface


Sekiranya pintu kabinet bawah anda berwarna gelap, anda boleh menampakkan ruang dapur lebih luas dengan memilih permukaan kabinet warna putih atau krim cerah.
Selain quartz dan solid surface, anda boleh memilih untuk menggunakan batu granite, jubin atau lamina kayu untuk permukaan kabinet. Dalam entri yang akan datang insya-Allah yuMNa akan jelaskan kelebihan dan kekurangan setiap permukaan kabinet dan kenapa batu granit tidak digalakkan dalam penggunaan sebagai permukaan kabinet dapur.


Comments

Popular Posts